Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian.
Kali ini saya akan membuat 'review' servis untuk jenama Cosmoderm. Ini kali pertama saya telah membeli barang atas talian dari syarikat ini.
Sebelum saya mulakan 'review' saya, saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang jenama Cosmoderm ini:
Logo Cosmoderm |
Laman Web : Cosmoderm
Produk Buatan Malaysia
Produk Buatan Malaysia
Keistimewaan Jenama Cosmoderm:
Produk dihasilkan untuk pasaran halal Malaysia.
Kesemua produk bebas dari sebarang paraben.
Untuk lebih info tentang jenama Cosmoderm, anda boleh klik link di website itu.
Ok, saya akan mulakan 'review' saya untuk servis Cosmoderm.
Mudah.
Oleh kerana saya menggunakan khidmat 'online purchasing' saya tidak perlu untuk pergi ke kedai untuk membeli produk yang diingini iaitu 'Vitamin E Cream 1000 I.U. 50ml' dan 'BB TTO Cream SPF35 PA+++ 03 Natural Beige'.
Bagaimana untuk membuat pembelian produk Cosmoderm secara 'online'? Mudah sahaja.
Hanya perlu klik pada produk yang anda inginkan dan kemudian klik 'Add to Cart'.
Klik 'Add to Cart' |
Selepas itu, anda klik pada 'Cart' dan akan keluar paparan barangan yang telah anda pilih. Anda boleh tambah bilangan atau buang produk yang anda tidak ingini di dalam halaman ini. Klik 'Remove' jika anda tidak ingin membeli barangan tersebut dan tukar nombor pada 'Quantity' jika anda ingin menambah atau mengurangkan unit barangan yang ingin beli.
Periksa 'Cart' anda sama dengan pesanan barang anda dan edit yang perlu. |
Isi semua tempat kosong tentang maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menghantar barangan, produk atau pesanan anda itu. Kemudian, tekan 'Review Order'.
Isi kotak-kotak berkenaan dengan maklumat yang betul. |
Klik pada 'Review Order' setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan. |
Anda harus 'Confirm' order dan seterusnya pilih cara untuk membayar pesanan anda itu.
Anda boleh memilih untuk 'online banking' bank-bank yang terdapat di Malaysia. Contohnya servis Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow dan lain-lain dan ia tidak memerlukan kad kredit atau Paypal kerana ada servis atau khidmat bayaran iPay88.
Anda akan menerima e-mail dari iPAY88 dan juga dari Cosmoderm setelah 'confirm' dan membuat bayaran untuk pembelian anda tersebut. Setelah itu hanya tunggu parcel untuk sampai ke pintu rumah anda.
*Saya tidak meletakkan 'screenshot' dalam halaman bayaran ke dalam 'post' ini kerana ia terdapat maklumat yang sensitif.
*Saya tidak meletakkan 'screenshot' dalam halaman bayaran ke dalam 'post' ini kerana ia terdapat maklumat yang sensitif.
Menepati Masa
Saya telah membuat pesanan pada pesanan pada pukul 10 lebih watu malam hari Khamis dan produk itu telah saya dengan khidmat 'courier' Pos Laju pada petang dalam pukul 4 lebih hari Sabtu.
Kondisi Barang
Barang yang telah dipesan oleh saya telah sampai dengan keadaan yang baik. Dibalut dan dilapik demgan elok.
Kotak Parcel dari Cosmoderm telah sampai. |
Halal Malaysia |
Ta-da! Ia sampai dengan elok, tetapi kotak parcel itu sedikit besar untuk pesanan ini. |
Pesanan saya teah sampai dengan kondisi yang bagus. |
Khidmat Pelanggan Cosmoderm
Saya berpuas hati dengan khidmat pelanggan Cosmoderm kerana mereka telah membalas e-mail pertanyaan saya tentang parcel dan juga tempoh untuk barang sampai ke rumah. Saya telah menghantar e-mail pada pagi hari dan dibalas waktu petang.
Sekian sahaja 'review' saya buat kali ini. Saya akan membuat 'review' produk-produk tersebut dalam 'post' yang lain. Terima kasih kerana membaca 'post' saya ini dan harap ia dapat membantu para pembaca sekalian.
Yang benar,
TheMalayGadis
TheMalayGadis
No comments:
Post a Comment