Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca.
Hari ini saya akan membuat 'review' produk daripada jenama Shiseido di bawah siri Senka iaitu Mineral Water UV Gel SPF 50 PA+++. Ia ialah produk untuk 'sunscreen' atau perlindungan kulit dari sinaran cahaya matahari.
Sedikit info tentang produk Senka Mineral Water UV Gel SPF 50 PA+++ :
Price/Harga : RM 29.90
Made in Japan
Volume : 40 ml
Ingredients :
Cyclomethicone, Water, Isododecane, Ethylhexylmethoxycinnamate, Alchohol, Viny Dimethicone/Methicone Silsequoiane Crosspolymer, Ocorylene, Polysilicone-15, Zinc Oxide, PPG-17, Phenylenzimidazole Sulfonic Acid, Sorbitan Sesquiisostearate, PEG-9 Polydimethylsiloxyethyldimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Talc, Dimethicone, Glycerin, Isotearic Acid, Diethylamino, Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Amiomethyl Propanediol, Sodium Chloride, Triethoxycaprylysilane, Trisodium EDTA, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Oil, BHT, Magnesium Chloride, Calcium Chloride.
Storage :
Extra Info:
Tekstur dan Warna
Seperti yang telah dinyatakan di atas label produk ini, Senka Mineral Water UV Gel SPF50 PA+++ tidak berwarna seperti sesetengah produk 'sunscreen' yang lain. Cecair ia berwarna putih, namun, ia tidak meninggalkan kesan 'white caste' atau warna putih yang bertapung apabila diletakkan ke atas kulit. Dan ingat, anda perlu menggoncang dahulu sebelum menggunakannya.
Bau
Saya tidak begitu menggemari bau ia, tetapi, kerana ia 'fragrance free' atau bebas tanpa pewangi tambahan, maka bau kimia lah yang terpaksa dihidu. Namun, ia bukanlah bau yang teruk, cuma saya seorang yang tidak menggemari bau-bauan di atas produk.
Packaging/Design/Reka Bentuk:
Jika anda seorang penggemar penutup botol yang harus dicabut, maka ini produk untuk anda. Tetapi jika anda seorang yang cuai, ini bukan produk untuk anda kerana produk ini perlu ditutup. Bagi saya, penutup botol seperti ini tidak menyusahkan saya kerana saya seorang yang agak berhati-hati.
Hasil
Ya, ia memang melembabkan dan melembutkan kulit apabila diletakkan di atas wajah saya walaupun tanpa sebarang pelembab atau 'moisturizer' tambahan.
Ya. Ia boleh digunakan sebagai alas bedak. Saya hanya menggunakan bedak badan Aiken. Saya tidak menggunakan 'compact powder' atau bedak yang lain kebanyakannya kalinya. Tetapi saya pernah menggunakan bedak 'compact powder' Pixy, dan hasilnya baik bagi standard saya. Tetapi saya bukanlah penggemar barangan kosmetik. Jika anda mencari alas mekap yang mempunyai 'coverage' seperti 'concealer' ini bukanlah produk yang sesuai untuk anda.
Saya tidak pasti kerana saya tidak begitu berjalan di bawah panas terik mentari. Dan juga kerana kulit saya tidak begitu sensitif atau berubah warna -warna kulit saya tidak sangat cerah- jika terkena cahaya matahari. Jadi saya tidak dapat menyatakan pendapat saya untuk topik ini.
Rating?
3.5/5.
Saya memberi rating sebanyak ini, saya berpuas hati dengan produk ini kerana ia melebabkan kulit dan juga boleh berugsi sebagai alas bedak, tetapi saya pernah membaca bahawa kandungan zinc-oxide dan anti-oxidant, atau active ingredient yang banyak membuktikan bahawa produk 'sunscreen' itu elok. Kandungan zinc-oxide di dalam produk ini tidak dapat dipastikan. Dan saya tidak dapat mengenal pasti jika terdapat sebarang 'anti-oxidant 'atau 'active ingredient' di dalam produk ini.
Namun, produk ini mendapat rating yang tinggi kerana ia tidak mempunyai sebarang paraben atau pewangi tambahan, ia adalah suatu yang 'extra point' kerana kebanyakan produk 'sunscreen' yang terdapat di pasaran mempunyai paraben ataupun 'fragrance'.
Kebarangkalian untuk beli produk ini?
Berkemungkinan besar saya akan membeli produk ini kembali selagi saya tidak menemui 'sunscreen' yang lebih elok tanpa 'fragrance' atau paraben dan mempunyai kandungan zinc oxide dan anti-oxidants yang tinggi (sudah tentu dengan harga yang sesuai).
Sekian sahaja untuk review produk saya buat kali ini. Saya harap ia dapat membantu para pembaca untuk membuat keputusan saat membeli nanti.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
TheMalayGadis
'Packaging' Lama |
Pandangan bahagian belakang. |
'Packaging' baru di Watsons |
Sedikit info tentang produk Senka Mineral Water UV Gel SPF 50 PA+++ :
Price/Harga : RM 29.90
Made in Japan
Volume : 40 ml
Ingredients :
Cyclomethicone, Water, Isododecane, Ethylhexylmethoxycinnamate, Alchohol, Viny Dimethicone/Methicone Silsequoiane Crosspolymer, Ocorylene, Polysilicone-15, Zinc Oxide, PPG-17, Phenylenzimidazole Sulfonic Acid, Sorbitan Sesquiisostearate, PEG-9 Polydimethylsiloxyethyldimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Talc, Dimethicone, Glycerin, Isotearic Acid, Diethylamino, Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Amiomethyl Propanediol, Sodium Chloride, Triethoxycaprylysilane, Trisodium EDTA, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Oil, BHT, Magnesium Chloride, Calcium Chloride.
Storage :
Extra Info:
- Fragrance free.
- Color free.
- Allergy-tested.
- Made from 100% mineral water.
- Water-based texture.
- Non-sticky.
- Baby-smooth skin effect.
- Protects again UVA and UVB
- Shake well before use as product consists of two layers.
- For face and neck, apply an appropriate amount after all skincare regime.
- For the body, squeeze the cream directly onto skin and apply with the palm in circular motion.
- Reapply as necessary after sweating, or wiping the face with a towel.
- To remove, use regular cleanser to thoroughly wash off.
Tekstur dan Warna
Seperti yang telah dinyatakan di atas label produk ini, Senka Mineral Water UV Gel SPF50 PA+++ tidak berwarna seperti sesetengah produk 'sunscreen' yang lain. Cecair ia berwarna putih, namun, ia tidak meninggalkan kesan 'white caste' atau warna putih yang bertapung apabila diletakkan ke atas kulit. Dan ingat, anda perlu menggoncang dahulu sebelum menggunakannya.
Warna putih dan cair setelah digoncang. |
Tidak meninggalkan kesan warna putih setelah disapu. |
Saya tidak begitu menggemari bau ia, tetapi, kerana ia 'fragrance free' atau bebas tanpa pewangi tambahan, maka bau kimia lah yang terpaksa dihidu. Namun, ia bukanlah bau yang teruk, cuma saya seorang yang tidak menggemari bau-bauan di atas produk.
Packaging/Design/Reka Bentuk:
Jika anda seorang penggemar penutup botol yang harus dicabut, maka ini produk untuk anda. Tetapi jika anda seorang yang cuai, ini bukan produk untuk anda kerana produk ini perlu ditutup. Bagi saya, penutup botol seperti ini tidak menyusahkan saya kerana saya seorang yang agak berhati-hati.
Hati-hati supaya penutup botol tidak hilang. |
Hasil
- Kulit yang lembut
Ya, ia memang melembabkan dan melembutkan kulit apabila diletakkan di atas wajah saya walaupun tanpa sebarang pelembab atau 'moisturizer' tambahan.
- Alas mekap?
Ya. Ia boleh digunakan sebagai alas bedak. Saya hanya menggunakan bedak badan Aiken. Saya tidak menggunakan 'compact powder' atau bedak yang lain kebanyakannya kalinya. Tetapi saya pernah menggunakan bedak 'compact powder' Pixy, dan hasilnya baik bagi standard saya. Tetapi saya bukanlah penggemar barangan kosmetik. Jika anda mencari alas mekap yang mempunyai 'coverage' seperti 'concealer' ini bukanlah produk yang sesuai untuk anda.
- Perlindungan dari sinaran UVA dn UVB?
Saya tidak pasti kerana saya tidak begitu berjalan di bawah panas terik mentari. Dan juga kerana kulit saya tidak begitu sensitif atau berubah warna -warna kulit saya tidak sangat cerah- jika terkena cahaya matahari. Jadi saya tidak dapat menyatakan pendapat saya untuk topik ini.
Rating?
3.5/5.
Saya memberi rating sebanyak ini, saya berpuas hati dengan produk ini kerana ia melebabkan kulit dan juga boleh berugsi sebagai alas bedak, tetapi saya pernah membaca bahawa kandungan zinc-oxide dan anti-oxidant, atau active ingredient yang banyak membuktikan bahawa produk 'sunscreen' itu elok. Kandungan zinc-oxide di dalam produk ini tidak dapat dipastikan. Dan saya tidak dapat mengenal pasti jika terdapat sebarang 'anti-oxidant 'atau 'active ingredient' di dalam produk ini.
Namun, produk ini mendapat rating yang tinggi kerana ia tidak mempunyai sebarang paraben atau pewangi tambahan, ia adalah suatu yang 'extra point' kerana kebanyakan produk 'sunscreen' yang terdapat di pasaran mempunyai paraben ataupun 'fragrance'.
Kebarangkalian untuk beli produk ini?
Berkemungkinan besar saya akan membeli produk ini kembali selagi saya tidak menemui 'sunscreen' yang lebih elok tanpa 'fragrance' atau paraben dan mempunyai kandungan zinc oxide dan anti-oxidants yang tinggi (sudah tentu dengan harga yang sesuai).
Sekian sahaja untuk review produk saya buat kali ini. Saya harap ia dapat membantu para pembaca untuk membuat keputusan saat membeli nanti.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
TheMalayGadis
No comments:
Post a Comment