Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca.
Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -. Ia adalah gel penanggal mekap yang dikatakan akan membantu dalam menghilangkan kesan mekap dan memastikan liang pori anda bersih dari kotoran (dari mekap ringan hingga sederhana tebal). Saya sangkakan saya telah membeli pencuci muka, namun, hello, hello, ia satu penanggal mekap.
Ini sedikit maklumat tentang Shiseido Senka - Perfect Gel Makeup Remover :
Harga : RM18.90 (Watsons) - Tetapi saya telah membelinya ketika promosi, RM16.07
Dihasilkan di Jepun
Penyimpanan :
Store away from direct sunlight, high temperatures and high humidity. Keep away from children. Do not get into eyes. If contact occurs, do not rub and rinse immediately with water.
Tekstur:
Tekstur Gel Senka Perfect Gel Makeup Remover Gel agak tebal, tetapi jangan bimbang kerana setelah saya membasuh/membilas wajah saya dengan air, ia hilang sepenuhnya. Bagi saya, saya tidak merasakan tekstur yang tebal ini sebagai menyusahkan. Saya agak menyukai tekstur kerana ia tidak berminyak atau terlalu cair seperti produk penaggal mekap yang terdapat di pasaran. (Saya membuat perbandingan dengan penaggal mekap yang telah saya gunakan sebelum ini seperti Biore Makeup Remover Wipes, Biore Cleansing Oil, Biore Cleansing water dan juga Nivea Hydration Makeup Clear Micellar Water). Setelah saya membilasnya dengan air, terdapat sedikit kesan warna putih, namun saya rasa ia hanya kesan dari mekap saya yang menghilang.
Warna:
Apabila saya meletakkan ia ke atas kulit saya, saya menyangkakan bahawa ia akan menjadi seperti buih putih pencuci muka yang biasa, tetapi tidak, produk ini tidak mempunyai warna apabila saya mengurutnya ke atas wajah saya.
Bau:
Produk ini mengandungi pewangi di dalam isi kandungannya. Sejurus dengan itu, ia tidak akan menjadi bau yang busuk. Bau ia agak baik, menyamankan. Tetapi, seperti yang kamu semua tahu, bau nyaman kimia. Jika anda bukanlah penggemar sensasi seperti ini, lebih baik anda cuba di kedai dahulu baunya kerana bau ia agak kuat.
Bungkusan:
Bungkusan atau reka bentuk produk ini sangat mesra pengguna. Penutup ia dilekatkan jadi saya tidak harus bimbang jika saya akan menumpahkannya. Ia agak besar jika saya mengembara dan meletakkan ia di dalam beg, tetapi ia bukan masalah besar kerana saya boleh meletakkannya isinya kedalam botol kosong yang kecil untuk 'travel'.
Hasil:
Pros dan Cons
Pros:
Cons:
Rating?
4/5?
Kesimpulannya, saya agak gembira dengan harga kerana ia murah, mudah digunakan tidak seperti penanggal mekap yang lain, (Saya bandingkan dengan semua mekap lap, minyak, dan air yang menyebabkan mata saya pedih) tidak memedihkan mata (terutama jika saya menanggalkan mekap di mata), dan amat membantu jika saya sedang berjalan jauh (sebagai seorang muslim, saya perlu berhenti untuk solat, jadi... benda yang kalis air tidak diperlukan ketika wudhu). Tetapi, sebagai seseorang yang mengelak untuk membeli produk yang mengandungi paraben dan masih cuba mencari produk bebas alkohol dan pewangi (ia agak mencabar) saya tidak dapat memberikan 'rating' 5 kepada produk ini.
Beli Produk ini Lagi?
Amat menduga untuk membeli produk ini setelah habiskan satu botol ini. Tetapi, biar saya lihat semua alternatif yang lain kerana paraben. Saya akan cuba untuk elakkan dari membelinya lagi, tetapi 'FORCE SANGAT KUAT DENGAN YANG INI' untuk membelinya lagi.
Ini sahaja 'review' saya untuk Shiseido Senka Perfect Gel Make Up Remover. Saya harap ia dapat membantu para pembaca untuk membuat keputusan jika produk ini baik untuk kulit anda ataupun tidak.
Terima kasih untuk waktu anda membaca blog ini.
Yang benar,
TheMalayGadis
Nampak kenapa saya telah tersilap beli penanggal mekap? 'Packaging' untuk jenama Senka ini amat sama. |
Shiseido Senka Perfect Gel Makeup Remover
Pandangan bahagian depan botol Senka Perfect Gel Makeup Remover |
Pandangan sisi belakang botol. |
Pandangan lebih dekat bahagian belakang. |
Harga : RM18.90 (Watsons) - Tetapi saya telah membelinya ketika promosi, RM16.07
Dihasilkan di Jepun
Isipadu : 160g
Bahan-bahan :
Water (Aqua), Cyclomethicone, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Dimethicone, PEG-60 Glyceryl Isostearate, Glycerin, PEG-10 Hydrogenated Castor Oil, Sericin, Carbomer Citric Acid, Ethyhexyl Palmitate, Isododecane, Disodium EDTA, Fragrance (Parfum), Alcohol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Potassium Hydroxide, Methylparaben, Sodium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Tocopherol, Hydrolyzed Silk, Potassium Sorbate.
Penyimpanan :
Store away from direct sunlight, high temperatures and high humidity. Keep away from children. Do not get into eyes. If contact occurs, do not rub and rinse immediately with water.
Penyataan :
- Gel yang menyegarkan dan senang di letak di atas muka.
- Membuang sisa mekap yang memnyebabkan sebum tersumbat di dalam liang pori.
- Boleh dibilas dengan mudah dan dilap dengan sangat senang.
- Gel senang bercampur dengan mekap. Tidak meninggalkan kesan melekat dan kulit akan terasa lembut selepas dilap.
- Terdapat esen sutera yang diambil secara semulajadi dan mengandungi Dual Hyaluronic Acid.
- Bau bunga-bungaan yang ringan dan segar.
- Telah dikaji untuk alergi.
- Tiada pewarna tambahan.
Arahan Penggunaan :
- Letakkan sejumlah yang mencukupi (2-3 cm) ke atas tangan yang kering.
- Urutkan di atas muka selama 1-2 minit untuk menghilangkan mekap, dan segala kesan kotoran.
- Sila elakkan dari mengurut muka secara kasar.
- Bilas muka dengan elok atau lapkan dengan tisu.
Tekstur:
Tekstur Gel Senka Perfect Gel Makeup Remover Gel agak tebal, tetapi jangan bimbang kerana setelah saya membasuh/membilas wajah saya dengan air, ia hilang sepenuhnya. Bagi saya, saya tidak merasakan tekstur yang tebal ini sebagai menyusahkan. Saya agak menyukai tekstur kerana ia tidak berminyak atau terlalu cair seperti produk penaggal mekap yang terdapat di pasaran. (Saya membuat perbandingan dengan penaggal mekap yang telah saya gunakan sebelum ini seperti Biore Makeup Remover Wipes, Biore Cleansing Oil, Biore Cleansing water dan juga Nivea Hydration Makeup Clear Micellar Water). Setelah saya membilasnya dengan air, terdapat sedikit kesan warna putih, namun saya rasa ia hanya kesan dari mekap saya yang menghilang.
Warna:
Apabila saya meletakkan ia ke atas kulit saya, saya menyangkakan bahawa ia akan menjadi seperti buih putih pencuci muka yang biasa, tetapi tidak, produk ini tidak mempunyai warna apabila saya mengurutnya ke atas wajah saya.
Bau:
Produk ini mengandungi pewangi di dalam isi kandungannya. Sejurus dengan itu, ia tidak akan menjadi bau yang busuk. Bau ia agak baik, menyamankan. Tetapi, seperti yang kamu semua tahu, bau nyaman kimia. Jika anda bukanlah penggemar sensasi seperti ini, lebih baik anda cuba di kedai dahulu baunya kerana bau ia agak kuat.
Bungkusan:
Bungkusan atau reka bentuk produk ini sangat mesra pengguna. Penutup ia dilekatkan jadi saya tidak harus bimbang jika saya akan menumpahkannya. Ia agak besar jika saya mengembara dan meletakkan ia di dalam beg, tetapi ia bukan masalah besar kerana saya boleh meletakkannya isinya kedalam botol kosong yang kecil untuk 'travel'.
Hasil:
- Saya jatuh cinta kepada produk ini. Saya tidak pernah menggunakan penanggal mekap yang mewah seperti Shu Uemura dan sebagainya, tetapi saya telah menggunakan Biore Cleasning Water, Biore Cleansing Oil, Biore Makeup Rermover Wipes dan Nivea Hydration Makeup Clear Micellar Water. Saya merasakan bahawa Senka Perfect Gel adalah yang terbaik kerana ia amat murah.
- Ia amat berkesan kerana ia telah menanggalkan semua mekap saya terutama sekali 'eyeliner' saya yang kalis air (Maybelline Hypersharp Line Laser Precision) dan juga 'lipstain' (Revlon Color Burst Matte Balm) yang biasanya agak susah untuk ditanggalkan oleh penanggal mekap yang lain.
- Apa yang terbaik dari produk ini adalah, ia tidak menyebabkan saya berasa pedih mata ketika saya menanggalkan mekap di mata saya.
- Sangat lembut. Tidak seperti Nivea Hydration Makeup Clear Micellar Water, dengan produk Senka, saya tidak perlu menyediakan kapas untuk muka kerana ia agak kasar jika saya lapkan di atas muka. Jadi ini agak lembut kerana saya hanya perlu mengurut produk ini di atas wajah saya.
Mekap penuh saya. (Moisturizing cream, BB Cream, Concealer, Compact Powder, Eyeliner, and Lipstain Balm). |
Saya telah menanggalkan mekap dengan Senka Perfect Gel dan telah membilas dengan air. |
Saya telah menanggalkan mekap yang separuh lagi dengan Nivea Hydration Makeup Clear Micellar Water sebagai perbandingan.. |
Pros dan Cons
Pros:
- Ia agak murah (RM18.90 di bawah RM20.00) untuk dibandingkan dengan penanggal mekap yang lain yang memerlukan pencuci muka selepas digunakan.
- Senang dan mudah untuk digunakan. Tidak perlu kapas seperti kebanyakan penanggal mekap yang lain.
- Senang untuk dilap.
- Tidak memedihkan mata jika ia termasuk ke dalam mata.
- Menanggalkan mekap kalis air dengan efektif.
- Bentuk yang sesuai untuk 'travel'.
- Setakat ini, ia tidak menyebabkan saya untuk 'breakout'.
Cons:
- Bahan-bahan yang tersenarai agak bahaya jika anda amat berhati-hati.
- Ia mengandungi paraben - Methylparaben.
- Ia tidak bebas pewangi. (Mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif)
- Ia mengandungi alkohol. (Mungkin akan mengeringkan kulit anda jika anda mempunyai masalah kulit kering)
Rating?
4/5?
Kesimpulannya, saya agak gembira dengan harga kerana ia murah, mudah digunakan tidak seperti penanggal mekap yang lain, (Saya bandingkan dengan semua mekap lap, minyak, dan air yang menyebabkan mata saya pedih) tidak memedihkan mata (terutama jika saya menanggalkan mekap di mata), dan amat membantu jika saya sedang berjalan jauh (sebagai seorang muslim, saya perlu berhenti untuk solat, jadi... benda yang kalis air tidak diperlukan ketika wudhu). Tetapi, sebagai seseorang yang mengelak untuk membeli produk yang mengandungi paraben dan masih cuba mencari produk bebas alkohol dan pewangi (ia agak mencabar) saya tidak dapat memberikan 'rating' 5 kepada produk ini.
Beli Produk ini Lagi?
Amat menduga untuk membeli produk ini setelah habiskan satu botol ini. Tetapi, biar saya lihat semua alternatif yang lain kerana paraben. Saya akan cuba untuk elakkan dari membelinya lagi, tetapi 'FORCE SANGAT KUAT DENGAN YANG INI' untuk membelinya lagi.
Force sangat kuat dengan yang ini... bak kata Darth Vader... |
Ini sahaja 'review' saya untuk Shiseido Senka Perfect Gel Make Up Remover. Saya harap ia dapat membantu para pembaca untuk membuat keputusan jika produk ini baik untuk kulit anda ataupun tidak.
Terima kasih untuk waktu anda membaca blog ini.
Yang benar,
TheMalayGadis
No comments:
Post a Comment