WAN NUR AMALINA -Lina-
Bayi 90-an
Dilahirkan dalam tahun 90-an dan sekarang menetap di pekan kecil Dungun, Terengganu. Saya suka berbicara bersama orang yang tidak dikenali dan saya tidak kisah untuk berteman dengan ramai orang dan juga suka menolong mereka yang memerlukan bantuan. Namun, saya juga mampu untuk berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri untuk berusaha.
Pencinta Bahasa
Saya mendapati dengan mempelajari variasi dan pelbagai bahasa sangat mengagumkan kerana saya telah belajar sedikit Bahasa Arab, China (Mandarin), Jepun, Perancis dan Jerman untuk keseronokan diri sendiri. Namun, Bahasa Inggeris lah bahasa asing yang paling saya kuasai, dan untuk skil bahasa Jepun, saya sekarang hanya mampu untuk bercakap perbualan harian dan saya perlukan latihan yang lebih lagi. Kenapa saya menganggap mempelajari pelbagai bahasa sesuatu yang mengagumkan? Salah satu sebabnya adalah, saya mendapati bahawa ia sangat menarik apabila ada segelintir perkataan diambil dari bahasa yang lain dan persamaan itu sangat menarik bagi saya. Contohnya, perkataan 'Buch' dari Bahasa Jerman dan 'Book' di dalam Bahasa Inggeris. Ataupun kaligrafi 'hanzi' dari tulisan Bahasa Cina dengan karakter 'kanji' dalam Bahasa Jepun. Ia seolah-seolah satu penemuan sebuah pengembaraan yang hebat jika saya belajar lebih banyak bahasa.
Pembaca dan Penulis yang Membara
Saya juga seorang yang suka menulis dan membaca. Ia tidak kira sama ada ia buku, blog, surat khabar atau media sosial seperti Twitter atau Facebook. Ini kerana saya percaya yang seseorang boleh mencapai tahap yang tertinggi melalui membaca pelbagai artikel (Namun haruslah beringat bahawa jika membaca sesetengah artikel di internet mungkin agak menduga dan menarik, tetapi artikel tersebut mungkin berita palsu.).
Keseronokan Saya
Antara aktiviti-aktiviti lain yang saya gemari adalah memasak, mengembara ke pelbagai tempat (tidak kira sama ada tempat atau seluruh pelusuk dunia) fotografi dan 'volunteer' pada masa lapang untuk apa-apa jenis keadaan. Saya juga menggemari seni dengan melukis dan membuat animasi yang mudah.
Pencinta Haiwan
Saya sangat sukakan binatang, terutamanya kucing kerana saya mempunyai 7 ekor kucing di rumah (Ya, Lina dan Tujuh Ekor Kucing dari Snow White dan Tujuh Orang Kerdil). Saya sangat menyayangi mereka dan memberi makan serta bermain dengan mereka dan akan menjaga mereka dengan baik terutama sekali jika mereka sakit.
Kekal Selamat
Saya rasa ini sahajalah yang akan saya kongsikan di dalam internet. Terlalu banyak pendedahan mungkin akan mengakibatkan kecurian identiti untuk penipuan. Untuk para pembaca, terima kasih kerana membaca artikel ini dan berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsi dalam internet dan kekal selamat.
Sekian
Sekian
Yang benar,
TheMalayGadis
No comments:
Post a Comment