Tuesday, 20 June 2017

Resipi : Biskut Coklat Famous Amos

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca sekalian.

Hari ini saya akan berkongsi resepi untuk membuat Biskut Coklat Famous Amos 'Inspired'. Sebenarnya ia resepi perkongsian dari 'roommate' tersayang saya ketika belajar di UiTM Bandaraya Melaka. Tetapi saya telah mengubah sedikit dari resepinya kerana cita rasa saya yang sendiri.

Sebelum saya memberitahu cara-cara untuk menghasilkan biskut ini, mari kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Biskut Coklat amous Amos: (Sukatan untuk 53 biji biskut)
  • 160g  atau  2/3  cawan Butter -suhu bilik- (Saya telah menggunakan jenama Buttercup)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200g atau 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk cocoa
  • 80g atau 1/3 cawan gula caster
  • 100g kacang (terpulang sama ada kacang almond, hazelnut, walnut etc. yang sesuai) dicincang
  • 200g atau 2 cawan coklat chip (terpulang pada anda jika mahu 'semi-sweet' atau 'dark'

Alatan untuk membakar (jika ada):

  • Parchment Paper untuk melapik dulang.
  • Skop ais-krim untuk mengambil adunan

Setelah bahan-bahan telah disediakan sediakan 'mixer' anda supaya bahan-bahan tersebut boleh dipukul. Anda boleh menggunakan tangan namun ia amat memakan masa. Anda boleh memilih untuk menggunakan 'hand mixer' ataupun 'mixer stand' hasilnya sama sahaja.

Langkah Pertama (Gula dan Butter)
Pukul gula caster dan 'butter' yang telah ditinggalkan di dalam suhu bilik sehingga hancur,kembang dan gebu menggunakan 'mixer'.

Ia lebih mudah jika menggunakan 'mixer'.

Langkah Kedua (Kuning Telur dan Esen Vanilla)
Masukkan kuning telur dan esen vanilla ke dalam adunan 'butter' dan gula caster dan kacau adunan tersebut.

Masukkan esen vanilla dan kuning telur sekaligus.

Langkah Ketiga (Tepung dibahagi tiga kali)
Masukkan tepung sedikit demi sedikit (saya bahagikan tepung untuk 3 kali masuk) untuk mengelakkan tepung itu berselerak apabila diletakkan ke dalam 'mixer'. Sila berhati-hati dan gunakan tahap kelajuan 'mixer' yang paling minimum sahaja pada mulanya. Dan setelah semua tepung telah diletakkan, barulah anda tetapkan 'mixer' pada tahap kelajuan minimum dan seterusnya maksimum.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya ia tidak bersepah.

Langkah Keempat (Soda Bikarbonat dan Serbuk Cocoa)
Masukkan soda bikarbonat dan juga serbuk cocoa sekaligus ke dalam adunan di dalam mixer. Dan pastikan semua adunan tersebut rata. Sila periksa adunan anda.

Langkah Kelima (Kacang)
Setelah adunan telah rata, masukkan kacang (almond/walnut/hazelnut etc.) pilihan anda ke dalam adunan tersebut. Anda boleh pilih untuk mengadun dengan sudu atau pun mixer. Tetapi saya telah menggunakan 'mixer' kerana potongan 'walnut' saya sedikit besar. Hanya gunakan 'mixer'' tahap minimum dan sekejap sahaja.

Pilih jenis kacang yang digemari (saya letakkan kacang 'walnut')

Langkah Keenam (Coklat Cip)
Setelah itu, masukkan coklat chip ke dalamnya. Saya hanya mengadun adunan tersebut dengan tangan dan sudu kerana saya bimbang jika coklat chip akan cair dan terkisar jika saya menggunakan mixer.
Letakkan coklat cip (sebenarnya anda boleh letak sebanyak mana yang anda gemari)

Langkah Ketujuh (Ke dalam Dulang)
Ambil adunan tersebut menggunakan skop aiskrim (jika ada) atau sudu dan letakkan ke dalam dulang yang telah dilapik dengan 'parchment paper' (jika ada). Jika anda tidak mempunyai 'parchment paper', sapukan marjerin atau minyak ke dalam dulang supaya biskut tidak melekat dan mudah untuk dicuci.

Letakkan 'parchment paper' (jika ada) supaya ia tidak melekat dalam dulang. Gunakan skop ais krim untuk sukatan.
Jarkkan sesama adunan kerana ia akan mengembang.



Langkah Kelapan (Bakar)
Masukkan dulang yang telah diisi ke dalam oven/ketuhar dan bakar 150darjah celsius selama 15 minit (tetapi terpulang kepada saiz oven/ketuhar anda).

Biskut setelah selesai dibakar. Berbau enak dan sangat rangup.

Dan tamatlah langkah-langkah untuk menghasilkan Biskut Coklat yang telah diinspirasikan oleh Famous Amos. Harap-harap resepi ini dapat membantu para pembaca yang menggemari biskut ini. Saya telah menghasilkan 53 biji biskut dengan resipi ini dan ia sedikit besar. Anda boleh mendapat lebih banyak biskut jika adunan diagihkan ke dalam saiz yang leibh kecil.

Sekian dari saya buat kali ini dan terima kasih kerana membaca blog ini.


Yang benar,


TheMalayGadis

No comments:

Post a Comment

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca. Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -...