Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog saya sekalian.
Topik blog kali ini ialah macam mana anda sebagai seorang pengguna ingin menggunakan servis Track and Trace untuk parcel atau bungkusan anda menggunakan khidmat Pos Laju. Ia mudah sahaja. Anda boleh menggunakan PC dan juga handphone untuk memeriksa pergerakan parcel anda dengan mudah.
Pertama sekali untuk versi PC dan smartphone dan menggunakan 'browser' (seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan sebagainya), anda hanya perlu klink link di sini --> Pos Laju Track and Trace.
Versi browser dalam PC(Google Chrome) |
Versi browser dalam smartphone. |
Kemudian anda masukkan kod parcel anda seperti yang diberi.
Perjalanan Parcel |
Dan anda kini dapat melihat pergerakan parcel anda. Anda juga boleh muat turun terus aplikasi Track and Trace Pos Laju di dalam 'store android' dan juga untuk sistem iOS. Tetapi saya bukanlah seorang yang berniaga 'online', jadi saya tidak memerlukan aplikasi tersebut, cukuplah sekadar saya menggunakan 'browser'.
Sekian dari saya untuk kali ini. Saya harap ia dapat membantu para pembaca sekalian.
Terima kasih.
Yang benar,
The Malay Gadis
No comments:
Post a Comment