Tuesday 4 July 2017

Temuduga di Kadokawa GempakStarz (Digital Content Writer)

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini dalam C'est La Vie, saya akan bercakap tentang temuduga saya (yang amat teruk dan hancur kerana semua salah saya di mana saya membuat pilihan dan keputusan yang teruk, disertai dengan perasaan gementar dan panik) di Kadokawa Gempak Starz. Saya mempunyai memori yang manis dengan Majalah dan 'Manga' Gempak Starz ketika saya masih seorang kanak-kanak, dan saya agak TERUJA dengan temuduga ini.


Kegagalan saya, semua sebab saya, dan sekarang saya telah membazirkan semua peluang yang saya ada.
Setelah pelbagai pertimbangan dilakukan, dan banyak... banyak fikiran yang mendukacitakan, saya pasti saya tidak akan dipanggil untuk temuduga kedua. Saya amat yakin dengan perkara ini. Walaupun temuduga itu hanyalah kelmarin (3 Julai)...


Oh Tuhan, berikanlah aku kekuatan kerana prestasiku ketika temuduga itu menyebabkan aku dipenuhi penyesalan atas diri sendiri

Saya benar-benar perlu berhenti dari menangis tentang perkara ini..

Sebelum saya mulakan proses tentang bagaimana saya mendapat panggilan untuk temuduga tersebut, saya ingin menerangkan di mana temuduga tersebut dijalankan, iaitu Kadokawa Gempak Starz di Bandar Tasik Selatan.


Kadokawa Gempakstarz (Malaysia)

Kadokawa Gempak Starz
Gempak Starz

LOKASI:
17 & 19, Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur
(jika anda menggunakan Waze atau Google Map, hanya taip 'Art Square Creation' dan lihat yang berada di Bandar Tasik Selatan.)
Ia juga senang dikenal pasti kerana warna bangunan itu hitam/kelabu gelap. Anda tidak perlu bimbang kerana anda tidak akan terlepas pandang bangunan ini.
Tel : 03-90570790
Bangunan yang hitam/kelabu gelap itulah Pejabat Kadokawa Gempak Starz.


Ok, boleh saya mulakan dari macam mana saya memohon jawatan sebagai 'Digital Content Writer'? Saya akan mulakannya sekarang.

Sudah tentunya Jobstreet akan digunakan sebagai hab utama untuk pencari kerja. Dan di situlah saya menemui iklan kerja untuk 'Digital Content Writer' di Kadokawa Gempak Starz. Tiada apa-apa yang istimewa, bukan seperti sesetengah orang yang menggunakan 'cable voltan tinggi' hari ini dalam mencari kerja, hanya cara lama mohon dan cuba. Berserah pada nasib dan takdir amat penting jika anda sedang mencari kerja. Apapun, saya telah menghantar resume melalui Jobstreet dan saya telah mendapat  jawapan dari Kadokawa Gempak Starz dalam masa seminggu. Saya juga memohon untuk menjadi 'Content Writer' sahaja, namun, saya tidak mendapat jawapan untuk posisi itu, hanya 'Digital Content Writer'.

Pekerja di Kadokawa Gempak Starz telah meghubungi saya dan bertanya jika saya masih berminat dengan kerja tersebut, dan sudah tentunya saya sebagai  seorang yang tamak, terus menjawab, tentunya ya. Pekerja tersebut telah menanyakan tarikh yang mana saya boleh ditemuduga. Dan kemudiannya dia telah menghantar email tentang tarikh temuduga saya. Anda boleh cuba untuk bertanya jika tarikh tersebut boeh diubah, tetapi ia bergantung kepada jadual penemuramah. Jadi, saya telah ditetapkan pada 3 Julai 2017 (diingatkan bahawa saya menerima email ini sehari dua sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, jadi saya amatlah sibuk).

Saya teramatlah sibuk ketika minggu sambutan Hari Raya, dengan semua kenduri kawan-kawan saya untuk dihadiri, dan ibu bapa saya pula membuat Rumah terbuka untuk raya, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih akhirnya. Salah saya kerana tidak bersedia.

Saya telah pergi ke Pejabat Kadokawa Gempak Starz dan sampai pada pukul 1:00 tengah hari. Saya terus ke sana (kawasan tempat letak kereta sesak dan penuh jadi saya telah pergi ke kawasan tempak kereta berbayar sebanyak RM4.00/masuk di belakang bangunan tersebut). Namun, saya telah diberitahu bahawa saya perlu kembali ke pejabat pada 1:30 melalui intercom. Jadi anda tidak boleh menunggu di dalam melainkan jika ada yang menyambut kedatangan anda. Saya teruskan ke Old Town White Coffee yang berdekatan untuk bersedia, namun ia sibuk dan bising, jadi seperti yang dijangkakan, tidak begitu banyak persediaan.

Saya kembali ke Kadokawa Gempak Starz pada pukul 1:45 petang dan disambut oleh 'receptionist' untuk terus ke tingkat 1. Di sana, saya menunggu untuk beberapa minit dan diberi borang untuk diisi. Sedikit isi penting dalam borang tersebut yang saya akan kongsi adalah anda harus mengetahui berat dan tinggi anda (saya telah salah tulis 143 cm sedangkan saya sebenarnya saya 153 cm), jika anda mempunyai EPF dan SOCSO, sila sertakan, 'reference' anda yang mungkin perlu dicari lebih awal, akaun Maybank (jika ada), nombor lesen memandu anda dan kenapa anda mahu menyertai syarikat ini. Maklumat asas lain yang perlu anda isikan adalah seperti maklumat majikan terkini, pengalaman kerja anda, dan lain-lain. Sebelum saya lupa, sila sediakan gambar berukuran passport kerana borang itu ada ruang kosong untuk gambar anda. Malang sekali, saya tidak bersedia dengan gambar saya sendiri. Dan juga, jangan lupa untuk mengisi tempat kosong bahagian anggaran gaji. Saya telah meletakkan RM 2,300 tetapi saya tidak pasti kerana saya hanya meletakkan gaji mengikut anggaran dari Jobstreet. Mungkinkah ia sesuai? Atau barangkali tidak? Saya tidak tahu tetapi saya hanya mampu mencuba.

Saya telah menunggu untuk beberapa minit setelah mengisi dan menghantar borang tersebut kepada penyambut tetamu. Kemudiannya, saya telah diiringi untuk ke tingkat kedua untuk sesi temuduga tersebut. Ia sedikit mengejutkan saya di mana saya akan ditemuduga di dalam sebuah bilik mesyuarat.. yang mempunyai banyak.. SEMUA 'manga' yang telah diterbitkan oleh Gempak Starz. Anda boleh memilih untuk membaca 'manga' atau bersedia untuk temu duga anda. Sedih sekali buat saya kerana saya terlalu gementar, jadi saya hanya bersedia untuk sesi temuduga tersebut (hilanglah semua peluang saya untuk membaca 'manga').

Semuanya di belakang saya dan saya tidak mempunyai masa yang cukup. Saya sangat  menggemari 'manga' dan saya mengumpul 'manga' terutama sekali dari genre seram.

Saya telah dijemput oleh seorang pekerja bernama Sam, saya meneka, mungkin dia ialah Pengurus HR dan seorang yang sangat baik dan tenang. Temuduga dijalankankan 'one-on-one', tiada panel lain, hanya saya dan penemuduga. Saya berasa prestasi saya pada saat temuduga itu sangatlah teruk sehingga dia menasihati saya supaya bertenang. Dia menanyakan sedikit informasi tentang apa yang saya lakukan selain dari menjadi 'tutor' dan kenapa saya memilih untuk jawatan tersebut dan sama ada saya ada pengalaman translasi. Tetapi, bahagian yang paling teruk bagi saya adalah pada saat saya harus memperkenalkan diri dalam bahasa Jepun. Saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan saya kerana saya telah berlatih sebelum itu tetapi, semuanya telah ke 'laut' barangkali kerana perasaan gementar dan panik saya. Semuanya salah saya sehingga saya tidak tahu apa untuk dikatakan dan susunan ayat saya telah menjadi amat tunggang-langgang.

Seterusnya saya diberi sekeping kertas untuk menjawap semua soalah tersebut (taip jawapan di dalam komputer yang disediakan.

Empat soalan adalah (tidaklah ayat yang betul, tetapi membawa maksud yang sama):

1. Translate an article (Interview A) -fully with kanji which I am really bad with- into English.
2. Translate another article (Article A) - fully with kanji- into English.
3. What do you think of Japan and the culture? Write the things you know and why, preferably in English? (less than 1500 words)
4. How you would introduce a person on Japan's culture, preferably in Bahasa Malaysia. (less than 2000 words)

Saya telah diberi masa yang tidak terhad di dalam seksyen ini. Namun, oleh kerana saya ada rakan yang sedang menunggu dan perlu bekerja keesokan harinya, saya harus mengakhirinya dengan cepat. Saya mulakan dalam dekat pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 5:30 petang. Itulah perkara yang saya rasa menyebabkan saya tidak yakin dan saya hanya menyiapkan hanya sebahagian yang diperlukan. Saya kecewa dan merasakan bahawa saya tidak akan dipanggil untuk temuduga kali kedua. Walaupun ia tidak disebut, saya cuma tahu. Dengan kualiti diri saya yang tidak memuaskan, saya yakin saya tidak akan dipanggil untuk kali kedua.

Sekarang saya sesak dalam frasa 'Treppenwitz' (Bahasa German) atau'l'esprit de l'escalier' (Bahasa Perancis). Saya masih berharap, tetapi bukan dengan kualiti saya pada temuduga tersebut. Yang telah berlaku, telah berlaku, tidak perlu 'Vergangenheitsbewaltigung' (seperti yang orang Jerman akan kata), hanya teruskan sahaja dengan hidup saya.

Jadi..... selepas temuduga itu tamat, saya terus memandu ke Dungun, Terengganu dan lemas dalam kesengsaraan prestasi saya di dalam temuduga tersebut. Saya dan rakan saya, Waheda berhenti di beberapa RNR seperti Genting Sempah, Temerloh, Gambang dan Kuantan. Kami lapar ketika sampai di Genting Sempah dan di RNR yang lain kerana saya letih dan mengantuk. Saya amat mementingkan keselamatan diri dan orang lain. Saya tidur di semua RNR selepas Genting Sempah.

1:00 A.M.awal pagi dengan perasaan letih, mengantuk dan gila-gila. 
Saya telah sampai ke rumah pada jam 4:30 pagi. Ya.. perjalanan yang panjang tetapi itulah kebenarannya. Saya.. sangat kecewa dengan diri saya, sepatutnya saya memberi prestasi yang lebih baik. Tetapi biarlah saya akhiri pos saya dalam C'est La Vie pada tahap ini. Tak perlulah anda mendengar rintihan dan bebelan saya lagi tentang kegagalan saya ini. Ciaooo... dan terima kasih kerana membaca.

p/s: Pekerja-pekerja di Kadokawa Gempak Starz sangatlah mesra. 'Thumbs up' untuk mereka!

Terima kasih kerana melayan diri saya yang amat menyedihkan ke Kadokawa Gempak Starz Employees.. Two thumbs untuk kamu semua.

*Treppenwitz (dari perkataan German)
 Makna - Anak tangga-tangga. Perkara/fikiran yang mengecewakan terngiang-ngiang hanya setelah pergi dari  tempat berdebat.  (Tanslasi dari - Wiktionary)

*L'esprit de l'escalier (dari frasa Bahasa Perancis)
 Makna - Anak Tangga-tangga. Perkara/fikiran yang mengecewakan terngiang-ngiang hanya setelah  ia terlalu lambat, pada waktu pulang. (Translasi dari - Merriam-Webster)

*Vergangenheitsbewältigung (dari frasa Bahasa Jerman)
 Makna - Proses untuk tenang dengan apa yang telah berlaku pada masa lalu.( Translasi dari  - German Language Blog)




Yang benar,

TheMalayGadis

3 comments:

  1. Maaf Saya nk tahu...memang Lena fasih Bahasa jepun ke...kalau nak temuduga....btw...kalau mcm mane kalau Saya nk mohon jadi pelukis komik ye

    ReplyDelete
  2. salam sis... saya mencari komik gempakstarz.. ada nak jual x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik apa yang nk beli tu

      Delete

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca. Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -...