Thursday 22 June 2017

Review : SKINCARE Cosmoderrm Vitamin E Series - Vitamin E Cream 1000 I.U -

Assamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini saya akan membuat 'review' produk siri Cosmoderm Vitamin E - Vitamin E Cream 1000 I.U. Ia krim yang dipromosi akan membantu anda dengan masalah parut.
Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 I.U.

Pandangan bahangian kiri kotak.

Pandangan belah kanan kotak.
Botol Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 I.U



Pandangan bahagian belakang botol.

Tudung yang senang dibuka dan tidak perlu dicabut. Tetapi tiada plastik atau aluminium pelindung.

Sedikit maklumat tentang
 Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 I.U.:

Harga :  RM19.90 (Online Cosmoderm Store)

Produk Buatan Malaysia

Isipadu : 50ml

Bahan-bahan :
Aqua, DL-Alpha-Tocopherol, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Dimethicone, Isopropyl Myristate, Stearic Acid, Glycol Stearate, Capprylic/Capric Triglyceride, Cetearyl Alcohol (and) Cetereath-20, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Phenyl Trimethicone, Phenoxyethanol, Sorbitan Caprylate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Fragrance, Triethanolamine, Carbomer, BHT, Rosa Canina (Rosehip) and Hyaluronic Acid.

Cara Penyimpanan : 
Tidak dinyatakan (cuma berhati-hati supaya tidak diletakkan di bawah cahaya matahari atau suhu panas)

Fungsi:
  • Pelembab ringan yang mengandungi Double Action Vitamin E dan Minyak Rosehip.
  • Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan jerawat, kesan lemak, panas matahari, kulit tidak sekata dan kulit terlebih matang.

Tuesday 20 June 2017

Resipi : Biskut Coklat Famous Amos

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca sekalian.

Hari ini saya akan berkongsi resepi untuk membuat Biskut Coklat Famous Amos 'Inspired'. Sebenarnya ia resepi perkongsian dari 'roommate' tersayang saya ketika belajar di UiTM Bandaraya Melaka. Tetapi saya telah mengubah sedikit dari resepinya kerana cita rasa saya yang sendiri.

Sebelum saya memberitahu cara-cara untuk menghasilkan biskut ini, mari kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Biskut Coklat amous Amos: (Sukatan untuk 53 biji biskut)
  • 160g  atau  2/3  cawan Butter -suhu bilik- (Saya telah menggunakan jenama Buttercup)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200g atau 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk cocoa
  • 80g atau 1/3 cawan gula caster
  • 100g kacang (terpulang sama ada kacang almond, hazelnut, walnut etc. yang sesuai) dicincang
  • 200g atau 2 cawan coklat chip (terpulang pada anda jika mahu 'semi-sweet' atau 'dark'

Alatan untuk membakar (jika ada):

  • Parchment Paper untuk melapik dulang.
  • Skop ais-krim untuk mengambil adunan

Setelah bahan-bahan telah disediakan sediakan 'mixer' anda supaya bahan-bahan tersebut boleh dipukul. Anda boleh menggunakan tangan namun ia amat memakan masa. Anda boleh memilih untuk menggunakan 'hand mixer' ataupun 'mixer stand' hasilnya sama sahaja.

Langkah Pertama (Gula dan Butter)
Pukul gula caster dan 'butter' yang telah ditinggalkan di dalam suhu bilik sehingga hancur,kembang dan gebu menggunakan 'mixer'.

Ia lebih mudah jika menggunakan 'mixer'.

Langkah Kedua (Kuning Telur dan Esen Vanilla)
Masukkan kuning telur dan esen vanilla ke dalam adunan 'butter' dan gula caster dan kacau adunan tersebut.

Masukkan esen vanilla dan kuning telur sekaligus.

Langkah Ketiga (Tepung dibahagi tiga kali)
Masukkan tepung sedikit demi sedikit (saya bahagikan tepung untuk 3 kali masuk) untuk mengelakkan tepung itu berselerak apabila diletakkan ke dalam 'mixer'. Sila berhati-hati dan gunakan tahap kelajuan 'mixer' yang paling minimum sahaja pada mulanya. Dan setelah semua tepung telah diletakkan, barulah anda tetapkan 'mixer' pada tahap kelajuan minimum dan seterusnya maksimum.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya ia tidak bersepah.

Langkah Keempat (Soda Bikarbonat dan Serbuk Cocoa)
Masukkan soda bikarbonat dan juga serbuk cocoa sekaligus ke dalam adunan di dalam mixer. Dan pastikan semua adunan tersebut rata. Sila periksa adunan anda.

Langkah Kelima (Kacang)
Setelah adunan telah rata, masukkan kacang (almond/walnut/hazelnut etc.) pilihan anda ke dalam adunan tersebut. Anda boleh pilih untuk mengadun dengan sudu atau pun mixer. Tetapi saya telah menggunakan 'mixer' kerana potongan 'walnut' saya sedikit besar. Hanya gunakan 'mixer'' tahap minimum dan sekejap sahaja.

Pilih jenis kacang yang digemari (saya letakkan kacang 'walnut')

Langkah Keenam (Coklat Cip)
Setelah itu, masukkan coklat chip ke dalamnya. Saya hanya mengadun adunan tersebut dengan tangan dan sudu kerana saya bimbang jika coklat chip akan cair dan terkisar jika saya menggunakan mixer.
Letakkan coklat cip (sebenarnya anda boleh letak sebanyak mana yang anda gemari)

Langkah Ketujuh (Ke dalam Dulang)
Ambil adunan tersebut menggunakan skop aiskrim (jika ada) atau sudu dan letakkan ke dalam dulang yang telah dilapik dengan 'parchment paper' (jika ada). Jika anda tidak mempunyai 'parchment paper', sapukan marjerin atau minyak ke dalam dulang supaya biskut tidak melekat dan mudah untuk dicuci.

Letakkan 'parchment paper' (jika ada) supaya ia tidak melekat dalam dulang. Gunakan skop ais krim untuk sukatan.
Jarkkan sesama adunan kerana ia akan mengembang.



Langkah Kelapan (Bakar)
Masukkan dulang yang telah diisi ke dalam oven/ketuhar dan bakar 150darjah celsius selama 15 minit (tetapi terpulang kepada saiz oven/ketuhar anda).

Biskut setelah selesai dibakar. Berbau enak dan sangat rangup.

Dan tamatlah langkah-langkah untuk menghasilkan Biskut Coklat yang telah diinspirasikan oleh Famous Amos. Harap-harap resepi ini dapat membantu para pembaca yang menggemari biskut ini. Saya telah menghasilkan 53 biji biskut dengan resipi ini dan ia sedikit besar. Anda boleh mendapat lebih banyak biskut jika adunan diagihkan ke dalam saiz yang leibh kecil.

Sekian dari saya buat kali ini dan terima kasih kerana membaca blog ini.


Yang benar,


TheMalayGadis

Sunday 18 June 2017

Review : SERVIS Cosmoderm - Online Shopping -

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian.

Kali ini saya akan membuat 'review' servis untuk jenama Cosmoderm. Ini kali pertama saya telah membeli barang atas talian dari syarikat ini.

Sebelum saya mulakan 'review' saya, saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang jenama Cosmoderm ini:


Logo Cosmoderm
Laman Web : Cosmoderm
Produk Buatan Malaysia
Keistimewaan Jenama Cosmoderm:
Produk dihasilkan untuk pasaran halal Malaysia.
Kesemua produk bebas dari sebarang paraben.

Untuk lebih info tentang jenama Cosmoderm, anda boleh klik link di website itu.

Ok, saya akan mulakan 'review' saya untuk servis Cosmoderm.

Saturday 17 June 2017

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Mineral Water UV Gel SPF 50 PA+++/ Senka UV Gel -

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca.

Hari ini saya akan membuat 'review' produk daripada jenama Shiseido di bawah siri Senka iaitu Mineral Water UV Gel SPF 50 PA+++. Ia ialah produk untuk 'sunscreen' atau perlindungan kulit dari sinaran cahaya matahari.


'Packaging' Lama

Pandangan bahagian belakang.

Review : SKINCARE Meditree Pure Australian Botanicals for Acne Prone Skin - Tea Tree Acne Gel -

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini saya akan membuat 'review' produk daripada jenama Meditree Pure Australian Botanicals di bawah siri For Acne Prone Skin iaitu Tea Tree Acne Gel. Ia ialah produk untuk 'acne gel' atau gel untuk masalah jerawat.
.
 Meditree Pure Australian Botanicals

Pandangan kotak bahagian belakang

Pandangan botol bahagian depan

Pandangan botol bahagian belakang.

Sedikit info tentang produk Meditree Pure Australian Botanicals Tea Tree Acne Gel:

Price/Harga :  RM15.42 (Watsons)

Made in Australia

Volume : 15g

Ingredients :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Decyl Glucoside, Aqua, CHamomile (Chamomilla Recutita Matricaria) Flower Extract. Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) Oil, Xanthan Gum, Willow (Salix Alba) Bart Extract, Honeysuckle (Lonicera Caprifolium) Flower Extract, Lavender (Lavandula Angustifolia) Oil, Rosemary (Rosmarinus Officinalis) Leaf Oil, Armoise (Artemisia Vulgaris) Oil, Basil (Ocimum Basilicum) Oil, Honeysuckle (Lonicera Japonica) Flower Extract, Linalool, Eugenol.

Storage : Store between 5 (degree celsius)/41 (degree Fahrenheit) and 30 (degree celsius)/86 (degree Fahrenheit).

Claims :
  • For Acne Prone Skin 
  • Blemish gradually disappear, skin is smoother and more radiant.

Cara 'Track and Trace' Parcel Pos Laju Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog saya sekalian.

Topik blog kali ini ialah macam mana anda sebagai seorang pengguna ingin menggunakan servis Track and Trace untuk parcel atau bungkusan anda menggunakan khidmat Pos Laju. Ia mudah sahaja. Anda boleh menggunakan PC dan juga handphone untuk memeriksa pergerakan parcel anda dengan mudah.

Pertama sekali untuk versi PC dan smartphone dan menggunakan 'browser' (seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan sebagainya), anda hanya perlu klink link di sini --> Pos Laju Track and Trace.
Versi browser dalam PC(Google Chrome)

Versi browser dalam smartphone.

Kemudian anda masukkan kod parcel anda seperti yang diberi.

Perjalanan Parcel

Dan anda kini dapat melihat pergerakan parcel anda. Anda juga boleh muat turun terus aplikasi Track and Trace Pos Laju di dalam 'store android' dan juga untuk sistem iOS. Tetapi saya bukanlah seorang yang berniaga 'online', jadi saya tidak memerlukan aplikasi tersebut, cukuplah sekadar saya menggunakan 'browser'.

Sekian dari saya untuk kali ini. Saya harap ia dapat membantu para pembaca sekalian.

Terima kasih.

Yang benar,

The Malay Gadis

Wednesday 14 June 2017

Susah Nak Solat (Kisah Saya) dan Tips Cara Untuk Mula Solat Secara Berterusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai para pembaca blog saya. Moga-moga anda semua sihat sentiasa. Hari ini saya akan bercakap tentang cerita atau kisah saya berkaitan dengan agama dan moga-moga anda dapat mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Susah Nak Solat?

Saya pun pernah merasakan perasaan yang tidak berapa enak sebegini, terutamanya ketika saya masih di sekolah rendah dan memengah.

Sedang saya meningkat dewasa, saya mula terfikir, mengapakah saya tidak solat pada waktu itu, sedang kan dalam sehari ada 24 jam atau 1440 minit, 7 hari seminggu. Mengapakah saya tidak dapat meluangkan sedikit masa dalam anggaran 5 hingga 15 minit, 5 kali sehari untuk menjalankan ibadah solat, walhal saya sihat tubuh badan dan dikurniakan dengan akal yang waras?
http://www.theclockdepot.com/images/D/Howard-Miller-625-358-Luis-Wall-Clock-HR.jpg
Waktu itu tidak pernah mengundur ke belakang, waktu yang telah dibazirkan tidak akan dapat diganti.

Adakah saya malas?

Adakah saya menganggap solat itu penting?

Adakah saya angkuh dengan kuasa Allah SWT kerana saya masih sihat dan baik walaupun telah mengingkari suruhanNya?

Adakah saya putus asa dengan nikmat Allah SWT?

Sedikit latar belakang agama saya akan saya terangkan ialah...

Sunday 4 June 2017

Pemula Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, hari ini saya mulakan untuk blogging lagi kerana saya ada motif untuk menulis semua kepada semua. Mudah-mudahan lah blog ini akan menjadi bahan bacaan untuk tatapan semua. Jika ada silap dan salah, silalah beri teguran dan kritikan yang membangun kepada saya yah?

Sekian untuk post pertama dari saya.
Terima kasih.

Yang benar,

TheMalayGadis.

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca. Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -...