Monday 3 July 2017

Review : SKINCARE Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++ -

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini saya akan membuat 'review' produk Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++. Ia BB Cream yang dikatakan akan membantu dengan masalah jerawat walaupun anda memakai mekap.


Ta-da! Kotak Cosmoderm Tea Tree Oil Series BB Cream SPF35 PA+++

Pandangan bahagian kiri kotak. Dalam Bahasa Inggeris.

Pandangan bahagian kanan kotak. Dalam Bahasa Malaysia.

Botol BB Cream.

Pandangan bahagian belakang botol..

Sedikit maklumat tentang Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++ :


Harga :  RM33.90 (Online Cosmoderm Store) -Saya beli ketika promosi atas talian RM27.90

Warna:
Produk ini mempunyai 3 warna

  • 01 Nude
  • 02 Natural Pink
  • 03 Natural Beige - I choose this, the darkest one.

Dihasilkan di Malaysia

Isipadu : 30ml

Bahan-bahan :
Aqua, Cyclomethicone, Titanium Dioxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, C30-45 Alkyl Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Peg/ppg-20/15 Dimethicone, Jojoba Oil, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Hydrolysed Soy Protein, Sunflower Seed Oil, Sodium Chloride, Vitamin E Acetate, Vitamin A Palmitate, Hexyl Laurate, Sorbitan Olivate, Panthenol (Vitamin B5), Stearalkonium Hectorite, Cinnamon Extract, Ethanol, Phenoxyethanol, Diazolidinyl Urea, Fragrance, Glutahione, Tea Tree Leaf Oil and may contain Iron Oxides.

Penyimpanan : 
Tidak dinyatakan (elakkan meletak di bawah sinaran matahari atau di suhu yang tinggi.)

Penyataan :
  • Membantu dalam masalah parut jerawat untuk wajah bebas dari kilatan minyak
  • Ringan dan mudah dijadikan sebagai alas mekap untuk mekap sempurna.
  • Tahan lama dari sinaran berbahaya UVA dan UVB dengan SPF35 PA+++
  • 5 dalam 1 Pelembab + 'Foundation' + Penghalang Matahari + Mengawal Minyak + Mengawal jerawat.

Maklumat Ekstra:
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Tidak uji kaji ke atas binatang.
  • HALAL
Arahan :
  1. Dengan menggunakan jari letakkan ke atas wajah anda.
  2. Kemudian, campurkan secara perlahan-lahan dalam bentuk bulakan.
  3. Sapukan dengan rata ke atas wajah anda.
Ok, saya akan mulakan 'review' saya untuk produk ini.

Tekstur:
Cosmoderm Tea Tree Oil BB Cream SPF35 PA+++ tidak pekat, ia amat cair. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak, saya amat mengesyorkannya. Ia kering dengan cepat jadi anda boleh meletakkan bedak lain di atas wajah anda. Bagi saya, saya menggunakan produk ini selepas saya menggunakan Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 I.U. (Saya telah membuat review produk tersebut dalam pos yang lain, klik ia jika anda ingin melihatnya.) Hasi campuran produk-produk ini tidak menyebabkan masalah bertabung jika anda bimbang dengan masalah itu. Saya juga menggunakan bedak kompak Pixy ke atas wajah saya dan hasilnya amat memuaskan.

Warna:
Produk ini datang dengan tiga (3) warna. 01 - Nude, 02 - Natural Pink, dan 03 - Natural Beige. Oleh kerana saya mempunyai warna kulit yang agak gelap, saya telah memilih warna yang paing gelap, iaitu 03 - Natural Beige. Anda mungkin menyangka warna tersebut agak cerah dengan kulit saya, namun percayalah, selepas disapu secara sekata ke atas wajah saya, ia sangat elok. Jadi jangan bimbang jika anda takut dengan masalah tangan dan wajah tidak berwarna sama. Hanya pilih warna yang sesuai dengan kulit anda. Untuk kulit yang gelap, pilihlah Natural Beige.


Wah, sangat cerah?

Ta-da! Tidak perlu bimbang, ia sangat sekata.


Bau:
Ia mempunyai bau yang sangat manis, ia mengingatkan saya pada bau 'Bubblegum' yang sangat baik. Sudah tentunya kerana 'fragrance' atau pewangi yang diletakkan. Jika anda bukan penggemar bau manis 'bubblegum' and tidak akan menggemarinya, tetapi saya AMAT MENYUKAI bau produk ini. Ia membuat saya berasa seperti ingin memakan produk ini.

Bungkusan:
Bungkusan atau 'packaging' untuk produk ini sedikit menyusahkan bagi saya. Tudung botol itu tidak dilekatkan kepada botol, jadi anda harus mencabut ia sebelum anda boleh menggunakannya. Dan oleh kerana tekstur produk ini sedikit cair, anda harus berhati-hati apabila meletakkannya ke wajah anda kerana anda harus menutup tudung botol tersebut atau ia akan tumpah kerana botol itu tidak stabil. Namun, oleh kerana botol ini sangat kecik, anda boleh membawanya ke mana-mana.

Hasil:
  • Bagi saya produk ini sedikit mahal kerana ia sangat kecil. Dan harganya juga sebanyak RM33.90 untuk 30ml. Bukan tawaran yang hebat kan?
  • Kesan dari apa yang dinyata? Ya, ia sedikit sebanyak mengawal rembesan minyak di atas wajah saya (saya mempunyai masalah kulit berminyak dan kering) dan juga melembabkan kulit saya (tetapi diingatkan bahawa saya juga menggunakan krim pelembab sebelum meletakkan BB Cream di atas wajah saya).
  • 'Coverage'? Tidak begitu memuaskan, ia tidak begitu membantu saya dalam 'coverage', namun, BB Cream yang lagi pekat mungkin anda menyebabkan liang pori saya tersumbat, jadi mungkin ini ialah faktor 'YAY' untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti saya. Tapi ia sedikit menyusahkan kerana saya masih perlu meletakkan 'concealer'.
  • Dan untuk penyataan membantu dalam masalah jerawat, saya sedikit keliru. Ini kerana waktu saya memakai mekap sangat panjang dan juga campuran dengan kosmetik lain seperti Bedak Kompak Pixy, Krim Pelembab dan 'concealer' , tidak mencuci wajah saya dengan lama dan sehingga saya tidur tanpa membuang mekap untuk suatu waktu (keletihan) dan ketidakseimbangan hormon,jerawat telah muncul di wajah saya. Tetapi jika saya mengawal masa saya memakai kosmetik, jumlah kosmetik yang saya gunakan ke atas wajah saya, menjaga makanan saya dan mendapat tidur yang cukup, saya tidak melihat jerawat yang baru. Ya? Tidak? Ia sedikit mengelirukan bagi saya.

Rating?
2.5?
Kenapa saya memberi 'rating' yang rendah? Pertama sekali, ini kerana harganya yang agak mahal iaitu RM33.90 untuk 30ml bagi produk yang tidak mempunyai 'coverage' yang sebaik BB Cream lain yang terdapat di pasaran. Ini juga keberkesanan ia tidak begitu kelihatan untuk masalah jerawat saya. Salah satu lagi sebag juga, adalah kerana reka bentuk tudung botol yang harus dicabut juga tidak menyakinkan saya kerana BB Cream itu sedikit cair.

Beli Produk Ini Lagi?
Saya tidak begitu yakin untuk membelinya untuk kali yang lain, tetapi saya akan menghabiskan produk ini untuk melihat kesan ke atas jerawat saya kerana kebanyakan BB Craem akan menyebabkan jerawat (kecuali sesetengah siri BB Cream Etude house, namun Etude House hanya mempunyai warna pilihan untuk mereka yang berkulit cerah kebanyakannya).

Ini sahaja 'review' saya untuk Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++. Saya harap ia dapat membantu para pembaca untuk membuat keputusan jika produk ini ialah pelaburan yang baik untuk kulit anda.

Terima kasih keranan membaca blog yang 'biasa' ini.


Yang Benar,

TheMalayGadis

No comments:

Post a Comment

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca. Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -...