Monday, 10 July 2017

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca.

Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -. Ia adalah gel penanggal mekap yang dikatakan akan membantu dalam menghilangkan kesan mekap dan memastikan liang pori anda bersih dari kotoran (dari mekap ringan hingga sederhana tebal). Saya sangkakan saya telah membeli pencuci muka, namun, hello, hello, ia satu penanggal mekap.

Nampak kenapa saya telah tersilap beli penanggal mekap? 'Packaging' untuk jenama Senka ini amat sama.

Shiseido Senka Perfect Gel Makeup Remover


Pandangan bahagian depan botol Senka Perfect Gel Makeup Remover

Pandangan sisi belakang botol.

Pandangan lebih dekat bahagian belakang.
Ini sedikit maklumat tentang Shiseido Senka - Perfect Gel Makeup Remover :

Harga :  RM18.90 (Watsons) - Tetapi saya telah membelinya ketika promosi, RM16.07

Dihasilkan di Jepun

Isipadu : 160g

Bahan-bahan :
Water (Aqua), Cyclomethicone, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Dimethicone, PEG-60 Glyceryl Isostearate, Glycerin, PEG-10 Hydrogenated Castor Oil, Sericin, Carbomer Citric Acid, Ethyhexyl Palmitate, Isododecane, Disodium EDTA, Fragrance (Parfum), Alcohol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Potassium Hydroxide, Methylparaben, Sodium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Tocopherol, Hydrolyzed Silk, Potassium Sorbate.

Penyimpanan : 
Store away from direct sunlight, high temperatures and high humidity. Keep away from children. Do not get into eyes. If contact occurs, do not rub and rinse immediately with water.

Penyataan :
  • Gel yang menyegarkan dan senang di letak di atas muka.
  • Membuang sisa mekap yang memnyebabkan sebum tersumbat di dalam liang pori.
  • Boleh dibilas dengan mudah dan dilap dengan sangat senang.
  • Gel senang bercampur dengan mekap. Tidak meninggalkan kesan melekat dan kulit akan terasa lembut selepas dilap.
  • Terdapat esen sutera yang diambil secara semulajadi dan mengandungi Dual Hyaluronic Acid.
  • Bau bunga-bungaan yang ringan dan segar.

Tuesday, 4 July 2017

Temuduga di Kadokawa GempakStarz (Digital Content Writer)

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini dalam C'est La Vie, saya akan bercakap tentang temuduga saya (yang amat teruk dan hancur kerana semua salah saya di mana saya membuat pilihan dan keputusan yang teruk, disertai dengan perasaan gementar dan panik) di Kadokawa Gempak Starz. Saya mempunyai memori yang manis dengan Majalah dan 'Manga' Gempak Starz ketika saya masih seorang kanak-kanak, dan saya agak TERUJA dengan temuduga ini.


Kegagalan saya, semua sebab saya, dan sekarang saya telah membazirkan semua peluang yang saya ada.
Setelah pelbagai pertimbangan dilakukan, dan banyak... banyak fikiran yang mendukacitakan, saya pasti saya tidak akan dipanggil untuk temuduga kedua. Saya amat yakin dengan perkara ini. Walaupun temuduga itu hanyalah kelmarin (3 Julai)...


Oh Tuhan, berikanlah aku kekuatan kerana prestasiku ketika temuduga itu menyebabkan aku dipenuhi penyesalan atas diri sendiri

Saya benar-benar perlu berhenti dari menangis tentang perkara ini..

Sebelum saya mulakan proses tentang bagaimana saya mendapat panggilan untuk temuduga tersebut, saya ingin menerangkan di mana temuduga tersebut dijalankan, iaitu Kadokawa Gempak Starz di Bandar Tasik Selatan.


Kadokawa Gempakstarz (Malaysia)

Kadokawa Gempak Starz
Gempak Starz

LOKASI:
17 & 19, Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur
(jika anda menggunakan Waze atau Google Map, hanya taip 'Art Square Creation' dan lihat yang berada di Bandar Tasik Selatan.)
Ia juga senang dikenal pasti kerana warna bangunan itu hitam/kelabu gelap. Anda tidak perlu bimbang kerana anda tidak akan terlepas pandang bangunan ini.
Tel : 03-90570790
Bangunan yang hitam/kelabu gelap itulah Pejabat Kadokawa Gempak Starz.

Monday, 3 July 2017

Review : SKINCARE Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++ -

Assalamualaikum dan salam sejahtera para warga pembaca.

Hari ini saya akan membuat 'review' produk Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++. Ia BB Cream yang dikatakan akan membantu dengan masalah jerawat walaupun anda memakai mekap.


Ta-da! Kotak Cosmoderm Tea Tree Oil Series BB Cream SPF35 PA+++

Pandangan bahagian kiri kotak. Dalam Bahasa Inggeris.

Pandangan bahagian kanan kotak. Dalam Bahasa Malaysia.

Botol BB Cream.

Pandangan bahagian belakang botol..

Sedikit maklumat tentang Cosmoderm Tea Tree Oil Series - BB Cream SPF35 PA+++ :


Harga :  RM33.90 (Online Cosmoderm Store) -Saya beli ketika promosi atas talian RM27.90

Warna:
Produk ini mempunyai 3 warna

  • 01 Nude
  • 02 Natural Pink
  • 03 Natural Beige - I choose this, the darkest one.

Dihasilkan di Malaysia

Isipadu : 30ml

Bahan-bahan :
Aqua, Cyclomethicone, Titanium Dioxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, C30-45 Alkyl Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Peg/ppg-20/15 Dimethicone, Jojoba Oil, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Hydrolysed Soy Protein, Sunflower Seed Oil, Sodium Chloride, Vitamin E Acetate, Vitamin A Palmitate, Hexyl Laurate, Sorbitan Olivate, Panthenol (Vitamin B5), Stearalkonium Hectorite, Cinnamon Extract, Ethanol, Phenoxyethanol, Diazolidinyl Urea, Fragrance, Glutahione, Tea Tree Leaf Oil and may contain Iron Oxides.

Penyimpanan : 
Tidak dinyatakan (elakkan meletak di bawah sinaran matahari atau di suhu yang tinggi.)

Penyataan :
  • Membantu dalam masalah parut jerawat untuk wajah bebas dari kilatan minyak
  • Ringan dan mudah dijadikan sebagai alas mekap untuk mekap sempurna.
  • Tahan lama dari sinaran berbahaya UVA dan UVB dengan SPF35 PA+++
  • 5 dalam 1 Pelembab + 'Foundation' + Penghalang Matahari + Mengawal Minyak + Mengawal jerawat.

Review : SKINCARE Shiseido Senka Series - Perfect Gel MakeUp Remover -

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca. Hari ini saya akan membuat review Shiseido Siri Senka - Perfect Gel Makeup Remover -...